SELAMAT DATANG KE BLOG EKSA JABATAN PERPUSTAKAAN UMS
  • Laman Utama
  • INFO KORPORAT
    • Pengenalan EKSA >
      • Pelaksanaan
      • Polisi & Objektif
      • EKSA Bahagian 6
      • Struktur Bahagian EKSA
      • Kitaran PDCA
      • Pensijilan EKSA
    • Logo
    • Pencapaian
  • STRUKTUR ORGANISASI
    • JK Induk
    • JK Bahagian
    • JK Zon
  • Unit
    • Ford
    • Mitsubishi
    • Honda
    • Hyundai
    • Suzuki
    • Toyota
  • Berita
    • Takwim EKSA
    • Sana Sini EKSA
    • Aktiviti Promosi
    • Video
  • Galeri
    • Audit
    • Gotong-Royong
    • Lawatan
    • Taklimat Kesedaran
  • Muat Turun
  • Hubungi Kami
  • Arkib

PENGENALAN BLOG EKSA PERPUSTAKAAN

Blog EKSA Jabatan Perpustakaan diwujudkan adalah sebagai satu alat atau cara untuk berkomunikasi bagi menyampaikan maklumat, hebahan, perkongsian dan sebagainya bagi mencapai objektif amalan EKSA itu sendiri.

Merujuk kepada objektif pelaksanaan EKSA, amalan ini mampu memupuk serta membentuk disiplin dalam kalangan warga Jabatan Perpustakaan di samping meningkatkan semangat kerja sepasukan dan mewujudkan suasana persekitaran kerja yang harmoni dan kondusif. Seiring dengan moto  Jabatan Perpustakaan iaitu “Berkhidmat Berkualiti”, maka Amalan EKSA akan dapat meningkatkan tahap kecekapan, kreativiti dan inovasi dalam menguruskan persekitaran kerja.

Komitmen dan kerjasama merupakan asas keharmonian dan kejayaan dalam melaksanakan kerja dalam sesebuah organisasi. Semua warga Jabatan Perpustakaan  diseru supaya membudayakan Amalan EKSA ini pada setiap masa. Ketekunan mengamalkan prinsip ini pasti dapat merealisasikan segala hasrat dan cita-cita kita. Justeru, selamat melaksanakan EKSA.
Powered by
✕