AKTIVITI PROMOSI EKSA
Perpustakaan UMS sangat komited dalam memastikan staf mengamalkan EKSA dengan cara yang teratur dan mengikut panduan-panduan yang betul. Amalan EKSA juga melatih tabiat ke arah pengurusan tempat kerja yang baik dan berkesan. Jabatan Perpustakaan UMS mengambil pendekatan dalam memberi kesedaran membudayakan amalan EKSA dengan mewar-warkan melalui email kepada seluruh kakitangan di setiap bahagian pada setiap minggu. Di harapkan inisiatif yang dijalankan akan sampai kepada matlamatnya.