LOGO EKSABlog EKSA Jabatan Perpustakaan sebagai salah satu platform dalam menyampaikan segala maklumat berkaitan EKSA. Seiring dengan moto Jabatan Perpustakaan iaitu “Berkhidmat Berkualiti”, maka Amalan EKSA amat membantu dalam meningkatkan tahap kecekapan, kreativiti dan inovasi dalam menguruskan persekitaran kerja. Komitmen dan kerjasama merupakan asas keharmonian dan kejayaan dalam melaksanakan kerja dalam sesebuah organisasi. Semua warga Jabatan Perpustakaan diseru supaya membudayakan Amalan EKSA ini pada setiap masa. Ketekunan mengamalkan prinsip ini pasti dapat merealisasikan segala hasrat dan cita-cita kita. Justeru, selamat melaksanakan EKSA (Sisih, Susun, Sapu, Seragam, dan Sentiasa Amal). |
Bulatan Warna Hijau |
Keseragaman & Kebersamaan dalam penglibatan aktiviti yang kreatif dan inovatif di kalangan warga UMS
|
Menara Jam |
|
Simbol Daun |
Selain menekankan imej korporat, UMS juga menitikberatkan pembudayaan amalan hijau
|